Tuesday, August 19, 2008

Pesta Layang-Layang 2008 - Bintulu

Sempena Pesta Layang-Layang di Bintulu yang bermula pada 18 Ogos sehingga 24 Ogos 2008, saya berkesempatan untuk sama-sama turut serta dengan aktiviti riadah berkenaan.

Tetapi saya hanya turun sebagai jurugambar sahaja dan tidak berkesempatan untuk membeli atau memiliki apa-apa pun jenis layang-laayng..ehehe

Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat saya kongsikan untuk anda semua. Banyak lagi koleksi gambar yang saya ambil pada hari pertama ianya berlangsung tetapi tidak sempat untuk kongsikan bersama-sama kesemua gambar berkenaan.

Kepada rakan-rakan serta anda semua yang tinggal berdekatan, marilah kita sama-sama melawat tapak pesta berkenaan sambil kita melihat pelbagai jenis layang-layang yang terbang megah di ruang udara lapangan terbang lama Bintulu..


Antara yang menarik perhatian saya dan pengujung lain...


Remaja ini bersusah payah menaikkan layang-layang beliau yang dikatakan paling panjang setakat ini dan tidak ada orang lain yang dapat melawan layang-layang beliau..




Watak utama dalam melayangkan layang-layang terpanjang ini..


Senyuman kegembiraan apabila layang-layang ini terbang dengan megahnya..


Antara sudut pandangan yang paling best..


Beginilah antara ragam pemain layang-layang..


Kepulan awan yang menarik perhatian saya. Kebetulan pada masa ini cuaca amat baik dan kesempatan ini saya ambil sepenuhnya untuk mendapatkan gambar yang terbaik..


Mentari senja mula turun dan hari mula gelap..


Flare - antara gambar yang cuba saya rakamkan pada hari berkenaan..


Persaingan antara rakan..


Begitu khusyuk melawan angin dengan layang-layang moden mereka..


Cubaan Silhoutte yang tidak pasti menjadi atau tidak..hehe


Apa yang menarik adalah layang-layang yang tersangkut di atas talian elektrik dan cuba untuk diambil semula oleh pemiliknya..


Antara booth yang turut serta - Digi..


Pelbagai pilihan kain yang menarik perhatian golongan wanita tidak kira tua ataupun muda..Al-Maklumlah, hari nak puasa, tak lama lagi menyambut Hari Raya..


Seperti puluhan burung yang terbang di udara..Gambaran kecil layang-layang yang mewarnai langit di Bandar Bintulu..


Senja datang dan tibalah masa untuk pulang atau meneruskan meninjau tapak pameran..

Itulah beberapa koleksi yang saya dapat kongsikan pada hari ini..Saya amat berterima kasih kerana anda sudi untuk melawat blog saya ni.. Terima Kasih..



Sumbangan daripada Koleksi Outdoor - dzulfotografi.2008

Thursday, August 7, 2008

Pricelist 2008

Ini adalah senarai harga pakej yang sedia ada untuk pelanggan sekalian selepas tamatnya tempoh promosi pakej perkahwinan pada penghujung bulan Julai yang lepas..

dzulfotografi akan sentiasa menawarkan harga yang amat berpatutan bagi anda semua. Tempahan boleh dibuat mulai awal bulan Ogos sehingga penghujung bulan Disember nanti dan tempahan untuk majlis pada penghujung tahun boleh dibuat segera kerana tempahan adalah terhad.

SEKARANG, dzulfotografi mula menerima tempahan untuk bulan November dan Disember 2008. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkhidmatan jurugambar daripada dzulfotografi. Diskaun yang berpatutan akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan sebulan lebih awal dari tarikh majlis yang akan dilangsungkan.


CEPAT .. dapatkan tarikh majlis perkahwinan anda dan tempah segera untuk perkhidmatan jurugambar/fotografi daripada dzulfotografi.

Klik untuk lebih jelas. (click picture for enlarge)



Copyright 2008 dzulfotografi.weddingphotographer 060808