Monday, September 8, 2008

Anda Percaya Atau Tidak?? Kehebatan Matematik..

Apa yang bakal saya kongsikan adalah berdasarkan penemuan daripada perkongsian maklumat bersama-sama rakan..

Matematik menjadi satu bahan ilmuan yang harus ditempuhi oleh kita semua sewaktu berada dibangku sekolah dahulu..Kadang-kadang kita anggap mempelajari ilmu matematik hanyalah perkara yang remeh dan tidak penting..

Ada yang berpendapat, sekiranya belajar tinggi mana pun ilmu matematik, ahernya menjadi peniaga burger di jalanan (part-time), hanya tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja yang akan digunakan..Itu suma pemikiran kolot dan singkat..

Disini saya akan kongsikan salah satu keajaiban MATEMATIK..

Mari Mencuba..Pasti Anda Terkejut..!!!


Ini hanya dapat digunakan kepada 7 digit no asas telefon bimbit anda.

CTH: xxx-8886651 <----- 7 digit ini sahaja. Oklah. Cuba ini. Ianya memang tepat dan betul. 1. Masukkan 3 digit pertama nombor h/p anda (daripada 7 digit no. asas h/p anda) ke dalam kalkulator..

2. Darabkan dengan 80

3. Tambahkan dengan 1

4. Darabkan sekali lagi dengan 250

5. Kemudian, tambahkan jumlah tadi dengan 4 digit terakhir no. h/p anda

6. Tambahkan sekali lagi dengan 4 digit terakhir no. h/p anda

7. Selepas itu, tolak dengan 250

8. Dan akhir sekali, bahagikan jumlah tadi dengan 2

Adakah jumlah yang tertera di skrin kalkulator sama dengan no h/p anda??

Itulah keajaiban MATEMATIK..Terima kasih kerana meluangkan masa mencuba..

Selamat Mencuba..!!

No comments: